SEKOLAH KEBANGSAAN GUA MUSANG
Dalam pertengahan tahun 1952, dari sebuah Sekolah Rakyat yang di tumpang di bangunan SC (kini bangunan Tadika Muhibah) yang diusahakan oleh Dato' Penggawa, En. Kamarulzaman bin Awang dan Tuan Imam, En.Said bin Sulaiman, maka tertubuhlah sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Gua Musang.


Seterusnya, pada 1 Januari 1994, Sekolah Kebangsaan Gua Musang telah dipecahkan kepada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gua Musang (1) dan Sekolah Kebangsaan Gua Musang (2). Kedua-dua sekolah ini telah berkongsi bangunan. sehinggalah Sekolah Kebangsaan Gua Musang (2) mendapat bangunannya sendiri dan menukar nama kepada sekolah Kebangsaan Seri Wangi. Kini, Sekolah Kebangsaan Gua Musang mempunyaiseramai 10443 orang murid. Jumlah bilangan kelas pada tahun 2006 adalah 29 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6 dan termasuk pra-sekolah. Hingga hari ini, bilangan murid meningkat dari tahun ke tahun.
No comments:
Post a Comment