Wednesday, October 21, 2009

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM




Tanggal 6-8 Oktober 2009, SKGM dengan anjuran unit Ko-Kurikulum sekolah telah mengadakan satu perkhemahan yang juga merupakan acara tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Agung Unit Beruniform SKGM. Perkhemahan ini adalah bertujuan untuk membina keyakinan diri murid sekolah dan memantapkan sahsiah diri murid itu sendiri. pelbagai program yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini. antaranya adalah pertandingan memasak, kawad kaki, ceramah motivasi, kembara malam, latihan dan pertandingan ikatan tali, barbeque dan malam kebudayaan. Kesemua program yang telah diatur berjalan dengan lancar dan memberi manfaat yang amat berguna untuk murid-murid. Sepanjang 3 hari perkhemahan ini berjalan, ramai guru yang datang memberi sokongan dan tunjuk ajar yang berguna kepada para peserta. Disamping itu juga ahli jawatankuasa juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang iaitu En. Muhammad Zahari bin Othman dan diiring oleh Guru Besar SKGM. Program Perkhemahan Agung ini telah mendapat pujian dari tuan pegawai pelajaran kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini.