Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS KWAPM

28 JUN 2009- SKGua Musang telah mengadakan majlis penyerahan dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada 286 orang pelajar/murid SK Gua Musang. Hal ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), melalui Dasar Pendidikan Wajib dibawah seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] mulai Januari 2003 telah mewajibkan setiap ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai tahun 1 iaitu diperingkat sekolah rendah. selaras dengan itu, tabung KWAPM ini diwujudkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah dan seterusnya menjana pendidikan mereka untuk kecemerlangan masa depan.
Bantuan ini diberikan kepada mereka yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat En. Mohd Yusof b. Ab. Ghani
iaitu ADUN Nenggiri yang merasmikan dan menyerahkan bantuan kepada ibu bapa pelajar yang layak. Pelajar yang layak untuk bantuan KWAPM ini telah menerima sebanyak RM200 setahun untuk bantuan persekolahan. ibu bapa yang hadir amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan ini dan bersyukur kerana dengan bantuan skim KWAPM ini, anak-anak mereka boleh meneruskan sesi persekolahan lagi.

antara VIP yang hadir...


antara ibu bapa yang hadir menerima bantuan KWAPM...